Wednesday, November 6, 2013

Kembara Ke Bumi Guangzhou, China Part I

Wednesday, November 6, 2013
LCCT - Guangzhou 21062013

Terlalu lama tidak berblog...
Kali ini penulis mengembara ke bumi Guangzhou China bersama rakan2 sekerja. Tarikah berlepas ke Guangzhou 21 June 2013, dari LCCT menaiki pesawat AIRASIA AK1012.


Sebelum berangkat ke Guangzhou beberapa dokumen perlu disediakan antaranya:
1. Passport - Valid 6 Months above.
2. Tiket Flight. (Better cari AirAsia - Tambang Murah)
3. Visa - Yang ini wajib ada kalau nak ke China. Kena dapatkan VISA di Kedutaan China dulu.Biasanya dibuat 2 - 3 minggu sebelum berangkat. Ini kerana Visa ni hanya sah digunakan selama sebulan saja, dan anda mesti ke China dlm tempoh 3 bulan setelah Visa dikeluarkan. kalau ke Hong Kong tak perlu VISA.
4. Kompas (Untuk menentukan arah kiblat kat bilik hotel atau kat mana saja kalau nk solat nt. Beli yang kecik tu je senang nk sangkut kt travel beg tu nnt.)
5. Mandarin Dictionary (Yang ini pun tersangatlah penting, dari maklumat yg kami dapat di china tiada rangkaian Google, facebook & You Tube, amatlah payah untuk berkomunikasi dgn warga China di sana,boleh dikatakan hampir 90% penduduknya tidak memahami English.
6. Kalkulator ( Yang ini penting untuk tawar menawar harga - sebab diaorang main tunjuk harga menggunakan kalkulator.)
7. Ubat - ubatan
8. Makanan kering (Adalah dinasihatkan untuk membawa sedikit seperti maggi/roti/biskut/ sambal ayam+daging /coklat.
10. Kasut & Stokin.
11. Baju sejuk & Sarung tangan (pastikan anda membawa winter jaket
sekiranya disana adalah musim sejuk.)
12. Money Exchange (Pastikan anda membuat penukaran duit dari MYR ke RMB/Yuan di Malaysia terlebih dahulu sebelum ke sana, kerana di sana payah untuk membuat tukaran matawang, USD pun tak laku disana, penukaran hanya boleh di buat di bank of China, so adalah lebih baik anda tukar siap2 di sini dgn amount yg mencukupi, ia lebih memudahkan anda percayalah.

Monday, May 20, 2013

Dhob @ Biawak Padang Pasir

Monday, May 20, 2013
Dhob atau biawak padang pasir adalah binatang yang halal di makan mengikut jumhur ulamak dan hukumnya harus.



Berdasarkan pencarian saya setakat ini,Nabi tidak memakan dhob tetapi nabi membenarkan sahabat memakan dhob.

Ini saya kongsikan sedikit fakta berkenaan dengan dhob/biawak padang pasir ini:

-Dhob tidak meminum air tetapi hanya memakan tumbuhan yang lembab seperti rumput yang hidup di padang pasir.
-Dhob sangat laju apabila berlari.
-Dikatakan setengah dhob yang disembelih mengambil masa selama 24 jam untuk mati.
-Dhob boleh hidup sehingga 700 tahun.
-Dhob akan bertukar jantina setiap 2 tahun sekali.
-Dikatakan dagingnya seakan-akan rasa daging lembu tetapi lembut.

SHARE kepada semua, biar semua orang tahu.

Sunday, May 12, 2013

March 2011_UMRAH_EDISI IV

Sunday, May 12, 2013
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau.

BAITULLAH - MASJIDIL HARRAM

Terasa tak sabar untuk sampai ke Baitiullah, namun hati seakan bergetar dan jantung seakan berdegup kencang.. Ya Allah, semoga Kau menerima aku sebagai salah seorang tetamuMu.. Mudahkan urusanku di sini, dan ringankanlah dugaan buat ku..

Terasa sungguh kerdilnya diri ini. Ya Allah, aku terasa malu untuk mengadapMu.. SudikahKau menerima aku sebagai tetamu Mu Ya Allah.. Sudikah kau mengampunkan dosa yang ku galas ini.. Ya Allah ampunkanlah dosa ku, biarlah ianya sebesar zahrah.. sekalipun. .kerana hanya Engkau yang maha pemurah lagi maha pengampun... air mata ini tertumpah lagi.. entah bila ianya akan kering mengalir..

BERLATAR BELAKANG SAFA DAN MARWAH


Safa dan Marwah merupakan dua bukit yang terletak dekat dengan Ka'bah. Sejarah Safa - Marwah tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air, berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

HUJAN SELEPAS SOLAT ISYAK'




JABAL UHUD
Di sinilah berlakunya satu peperangan yang bersejarah iaitu Peperangan Uhud. Di sini jugalah letaknya makan bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang telah syahid di dalam peperangan tersebut.



PAPAN TANDA - BAHASA MELAYU


MAKAM PARA SYUHADA
Di sinilah tempat bersemadinya pejuang-pejuang syahid yang terkorban ketika Peperangan Uhud. Kelihatan jemaah2 umrah dari serata pelusuk dunia datang menziarah dan menitipkan doa di makam syuhada di Bukit Uhud ketika tiba di sana. Di sini juga bapa saudara Nabi Muhammad SAW, Saidina Hamzah Bin Abdul Mutalib yang mendapat gelaran "Singa Allah dan Rasulullah" dikebumikan.


ARAS 2 MASJIDIL HARAM - MAKKAH


MENARA JAM

March 2011_UMRAH_EDISI III

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

She'ab Ali Tunnel



March 2011_UMRAH_EDISI II

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Perkuburan Baqi'. MADINAH Al-MUNAWWARRAH

Mungkin tidak berlebihan jika mengatakan bahawa Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia. Di Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien. Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh para pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah. Rata-rata mereka ingin menikmati rasa cinta kepada para sahabat dan tabien yang telah banyak berkorban kepada perkembangan Islam. Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.




ALLAHUAKBAR....

March 2011_UMRAH_EDISI I

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Labaik Allahuma labaik. Labaika laa syariikalaka labaik. Innal hamda wani'mata lakal walmulk. Laa syariikalak. (aku datang kepada MU ya Allah, aku datang. Aku datang dengan tidak mensyirikan Engkau aku datang. Sesungguhnya segala kepujian kepada Engkau, segala ni'mat dari Engkau dan kerajaan kepunyaan Engkau. Tiada sekutu bagi Engkau)

JEDDAH AIRPORT




Masjid Nabawi

Saturday, May 11, 2013

Bulan REJAB (Bulan ALLAH)

Saturday, May 11, 2013
Hari ini 11 May 2013 bersamaan 1 Rejab 1434 Hijrah.

Kelebihan Di Bulan Rejab:

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam. Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36) Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut. Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram. Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain).

Puasa di bulan Rejab:

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam dan berpuasa di bulan-bulan Haram adalah sunat. Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan: 1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah. 2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah. 3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah. 4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah. 5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. 6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Sumber: http://www.yussamir.com

Wednesday, May 8, 2013

8 March 2011 - Bangladesh, Dhaka

Wednesday, May 8, 2013
Berlepas dari KLIA 8 March 2011 - Transit di Bangladesh, Dhaka.

Bandar Dhaka, From top view.


Airport Dhaka - Jalalabad International Airport.


Dhaka Tut-tut

18 March 2011 - Berhadapan Baitullah... Allahuakbar

Ketika menunggu iqamah solat asar. - Pic by Phone camera.

UMRAH 2011

Assalamualaikum..... Sudah berhabuk blog ini mendiam diri, tika orang ramai berpusu-pusu berbicara pasal PRU13. Last posting di blog ini 2010. 8 March 2011 - Penulis telah menunaikan UMRAH dijemput Ilahi untuk bertemunya...ku makin merinduimu - Baitullah... Allahuakbar.

Tuesday, May 18, 2010

Petua dan tips daripada Dr.Fatma.. (From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class How to use the Surah Al Fatihah)

Tuesday, May 18, 2010

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.


Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka,diampunkan dosa dan sebagai nye):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknye waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar" dilaungkan, terus lah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yg MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintak lah yg baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.

Notes taken fm Ustazah Fatma's last lecture session taken by her closest friend, Ani:-

Untuk awet muda both internal & external.

1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan.


Tuesday, March 23, 2010

Sucinya Al-Quddus

Tuesday, March 23, 2010
Al-Bait al-Muqaddas ertinya adalah rumah yang disucikan atau rumah yang penghuninya membersihkan dan mensucikan dari segala kotoran dan dosa-dosa. Nama itulah yang digunakan pada masjid ketiga suci, iaitu Masjid al-Quds di Jerusalem, Palestine. Sedang masjid yang pertama dan kedua adalah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah al-Munawarah. Al-Quds juga dipakai untuk menamakan syurga, kerana didalam syurga tidak didapati (bersih dari) penderitaan-penderitaan sebagaimana di dunia.

Ketika Al-Quddus disandangkan sebagai nama Allah, maka Dia beerti Zat yang terbebas dari segala bentuk keperluaan. Dia tidak perlu pujian, bahkan sembahan. Jika, Dia memerintahkan manusia menyembahNya, sesungguhnya sembahan (ibadah) itu manfaatnya akan kembali kepada manusia itu sendiri. Kebesaran dan Kekuasaan Allah tidak berkurang sekalipun seluruh manusia tunduk dan sujud kepada-Nya.

Sebagai hamba Al-Quddus, selayaknya kita menyucikan hati dan fikiran kita dari prasangka buruk kepada Allah, juga kepada sesama manusia. Hati harus sentiasa kita bersihkan agar sinarnya memancar, memenuhi ruang dan waktu. Fikiran kita harus senantiasa dalam suasana kesucian.

Sucikan Hatimu, Sucikan Badanmu, Bersihkan Pakaiaanmu, Bersihkan Persekitaranmu, Agar engkau boleh bertemu dengan Yang Maha Suci (Al-Quddus), ditempat yang bersih (Syurga al-Quds), bersama para malaikat yang dikepalai ruh al-Quds.

(Hamim Tohari)

Monday, March 22, 2010

Islam & Sains - Ahli Anatomi Islam

Monday, March 22, 2010
Abdul Latif lahir di Baghdad pada tahun 1162M. Beliau seorang pengembara serta ahli kedoktoran aanatomi. Riwayat hidupnya dapat diketahui dari biografi yang dikarangnya sendiri.

Selama hidupnya Abdul Latif menulis karya-karya yang berjumlah tak kurang dari 116 buah buku. Beliau menjadi ahli anatomi pertama yang memberi deskripsi lengkap tentang tengkorak kepala manusia dan ungka, termasuk tulang rahang bawah.

Teori Galineous mengenai tulang bawah dan tulang yang menghubungkan punggung dan tulang kaki berjaya ia sempurnakan selama berada di Mesir.

Thursday, March 18, 2010

Muslim Pertama Yang Menulis Buku Perubatan

Thursday, March 18, 2010
Zakariyya ar-Razi atau biasanya dikenali dengan panggilan ar-Razi adalah doctor Muslim pertama yang menulis tentang ilmu perubatan. Ia juga adalah ahli kimia yang belajar dan bekerja di Baghdad, Iraq. Selama hidupnya, ar-Razi telah menulis banyak karya ilmiah. Paling tidak ada 200 buah buku yang telah beliau tulis. Salah satu yang terkenal "Comprehensive Book" yang mencakupi semua pengetahuan perubatan Timur Tengah, India dan Yunani.

Buku lainya adalah Al-Hawi (Buku Menyeluruh) yang terdiri daripada 20 jilid. Karya ini dianggap induk dunia kedoktoran. Buku ini juga dianggap inti sari ilmu-ilmu yunani, syiria dan arab.

Ar-Razi adalah ilmuan pertama yang mengklasifikasikan pelbagai jenis zat kimia kedalam tiga bahagian: mineral-mineral,haiwan-haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.Pengelompokan ini didasarkan pada andaian bahawa haiwan dan tumbuhan juga mengandungi unsur-unsur kimia.

HEDONISME & HIBURAN TERLAMPAU

Hedonisme menurut kamus Dewan Edisi Tiga, ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kepentingan hidup. Penulis lebih berminat memperkatakan hal hedonisme ini melalui konteks remaja kerana penulis sendiri tergolong dalam remaja dewasa.

Remaja yang menjadikan Hedonisme sebagai prinsip hidup kebiasaanya suka melarikan diri daripada tanggungjawab. Keenganan mereka untuk bertanggungjawab adalah kerana cetek ilmu dan takutkan komitmen. Remaja jenis ini lebih gemar berhibur dengan hiburan melalaikan kerana mereka tidak perlu berfikir atau bertindak secara waras. Mereka lari daripada tanggunjawab sebagai anak, sahabat dan pelajar.

Bagaimana cara mengatasinya? Disini disertakan tips2 dari penulis....

  1. MENGUTAMAKAN IBUBAPA. - Seorang anak yang soleh/solehah pasti memahami bahawa seorang anak harus mengutamakan keluarga dan tidak memaksa menuruti kemahuannya seorang kawan.
  2. MENJADI SAHABAT KERANA ALLAH SWT. - Jika mereka berkawan kerana tuntutan Islam mereka tidaklah semata-mata memenuhi keinginan nafsu dalam berkawan; nafsu yang terkenal (riyak, nafsu sentiasa bagus atau takbur.)
  3. MERASAKAN DIRI MATI TANPA ILMU. - Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.

Tip2 mengurangkan Hedonisme:

  • Tuntut ilmu kerana Allah SWT.
  • Menganggap mencari ilmu itu satu nikmat (jika tidak mencari bakal mati kebuluran idea).
  • Mengubah perspektif bahawa ceramah dan motivasi itu membosankan!!
  • Jangan sempitkan definisi ilmu hanya menelaah melalui buku TEKS dan sekolah.

Tuesday, January 26, 2010

KENAPA ANDA MEMERLUKAN PERANCANGAN KEWANGAN?

Tuesday, January 26, 2010
Salam to all,

Langkah-Langkah Dalam Perancangan Kewangan

Terdapat lima langkah penting dalam proses perancangan kewangan:
1. Menilai kedudukan kewangan anda sekarang.
2. Menetapkan matlamat.
3. Menyediakan pelan kewangan.
4. Melaksanakan pelan tersebut.
5. Memantau dan menilai semula.

Bagaimana perancangan Kewangan anda?

Saturday, February 7, 2009

Perlaksanaan Hukum Hudud di Malaysia: Desakan dan Halangan

Saturday, February 7, 2009

Perlaksanaan Hukum Hudud: Desakan dan Halangan (Siri 2)

Oleh: Abdul Aziz Hamzah

WAJIB MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD

Melaksanakan hukum hudud adalah diwajibkan dengan nas-nas yang sahih antaranya firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu (Ya Muhammad s.a.w) akan kitab (al-Quran) dengan sebenarnya supaya kamu menghukum manusia dengan apa yang telah dinyatakan oleh Allah maka janganlah kamu menjadi pembela kepada orang-orang yang khianat.”
(Surah an-Nisa’: Ayat 105)[1]
Ayat hukum untuk pencuri, firman Allah Ta’ala:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka berdua sebagai satu pembalasan dengan
[1] Al-Quranul Karim, Surah An-Nisa’ Ayat: 105

sebab apa yang telah mereka usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah al-Maidah, Ayat: 38)[1]

Dengan berdasarkan kepada ayat diatas, Ibn Qudamah R.A.,berkata: Para ulama’ telah bersetuju menerusi ijma’ tentang wajib melaksanakan hukum hudud potong tangan keatas pencuri.

Ayat hukum tentang pembalasan terhadap orang murtad, sabda Rasulullah S.A.W.:

“Sesiapa yang menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya”

Sekalipun Hadis diatas menyebut tentang pembalasan terhadap lelaki yang murtad, tetapi menurut pendapat jumhur, ia juga meliputi perempuan yang murtad
Perlu difahami bahawa di antara cara menghayati sifat-sifat Allah dan namanya yang Maha baik ialah percaya kepada hukum hudud dan beramal dengannya, kerana hukum hudud itu dari Allah Yang Maha Mengetahui maka dia juga Maha Mengetahui hikmah di sebalik hukum hudud itu, dan hudud juga adalah dari Allah Yang Maha Penyayang supaya tidak berlaku kemusnahan kepada hambanya. Sebenarnya tidak percaya kepada hudud dan tidak yakin kepada melaksanakannya lebih bermakna tidak percaya kepada sifat-sifat dan nama-nama Allah kerana hukum hudud juga terpancar daripada sifat-sifat kesempurnaan Allah dan kemuliaan nama-namanya.[2]

HUDUD DAN HUKUM-HUKUM ALLAH

Hudud dan HukumNya.
Allah Ta’ala berfirman:
{اذاحكمتم بين الناس أن تحكموابالعدل }
Maksudnya: “Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia,(Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil.” (An-Nisa’: 58) [3]

Sesungguhnya yang dimaksudkan dengan “menjalankan hukum di antara manusia” pada ayat tersebut di atas adalah dalam perkara hudud dan hukum-hukumnya (huquq), kedua-duanya dibahagikan menjadi dua. Bahagian pertama adalah hudud dan hukum-hukumnya yang tidak diperuntukkan bagi golongan tertentu namun manfaatnya dirasakan oleh seluruh umat islam atau sebahagian daripada mereka. Semua umat islam memerlukannya.Bahagian ini disebut hudud Allah dan hukum-hukumNya, seperti hukuman keatas penyamun, perompak, pelaku zina, dan sebagainya. Begitu pula peraturan harta-harta kerajaan, wakaf, wasiat yang bukan untuk orang tertentu. Perkara-perkara itu merupakan masalah paling penting dalam pemerintahan. [4]



TANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN HUKUM ISLAM
Undang-undang Islam merupakan norma-norma hukum Islam yang memerlukan kuasa pemerintahan bagi menjamin perlaksanaannya dan mengenakan hukuman keatas sesiapa saja yang tidak mematuhinya. Ini bererti bahawa pada asasnya kewajipan melaksanakan undang-undang Islam itu terletak atas bahu kerajaan yang memerintah. Dalam Islam, institusi itui dikenali sebagai Uli al-Amr, iaitu golongan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Oleh kerana itulah dalam penulisan-penulisan Islam, pemerintah disebut sebagai pihak yang satu-satunya yang berhak melaksanakan pelbagai ketentuan yang ada dalam Islam seperti menubuhkan jentera pemerintahan dan pentadbiran , memutuskan pertikaian dan melaksanakan hukum serta keputusan. Walau bagaimanapun, oleh kerana pelaksanaan hukum Islam merupakan amr makruf nahi mungkar, setiap orang islam tidak boleh melepaskan diri daripada di pertanggungjawab dalam urusan dalam melaksanakan undang-undang Islam ini. Kewajipan ini boleh berubah sifat daripada berbentuk kewajipan aini dan kewajipan kifa’i mengikut keperluan yang ada dan kemampuan yang terdapat dalam masyarakat itu sendiri dari masa ke semasa. Paling kedepan sekali dalam kewajipan memikul tanggungjawab ini ialah para ulama’. Mereka adalah pewaris nabi dan orang yang sepatutnya menasihati pemerintah tentang islam dan cara hidup masyarakat dibawahnya. Sehubungan dengan ini konsep ulama’ itu sendiri perlu diperluaskan. Ia sepatutnya bukan saja mencakupi mereka yang secara tradisinya disebut sebagai ulama’ dalam masyarakat Malaysia sekarang, tetapi juga setiap mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang perundangan, termasuk undang-undang yang popular pada masa ini. [5]
Siapakah petugas yang bertanggungjawab melaksanakannya?

Dalam surah yang berikut dibuktikan:
“Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul, dan taatilah uli al-amr” (An-Nisa’:59)[6]

Terdapat pelbagai tafsiran tentang maksud ungkapan uli al-amr yang di sebut dalam ayat di atas. Sekurang-kurangnya kita menemui tiga pendapat tentangnya. Menurut sebahagian ulama’, diantara mereka ialah Abu Hurairah, Ibn “abbas R.A., Maimun bin Marhan, Zaid bin Thabit,al-Sadi dan lain-lain, ungkapan tersebut maksud para umara’(para pemerintah). Menurut Ibn Abi Hujaih, Ibn ‘Abbas (dalam pendapatnya yang kedua ), Mujahid,’Ata’ bin said, al-Hasan dan Abu al-‘Aliah, ia bermaksud para ilmuan dan ahli perundangan (Fuqaha’). Selain dari mereka, ada kalangan ulama’ berpendapat ia bermaksud para sahabat Rasulullah S.A.W., dan pendapat ini di katakan daripada Mujahid. Pendapat yang terkuat di antara ketiga-tiganya menurut pandangan Ibn Jarir al-Tabari ialah yang pertama. Pendapat beliau dipersetujui oleh seorang tokoh lain iaitu al-Kiya al-Harrasi yang bermazhab Shafi’i. sementara qadi al-Qudah Abu al-Su’ud bin Muhammad ynag bermazhab hanafi mengatakan mereka adalah para pemerintah yang sah dan adil seperti para Khulafa’ al-Rashidin yang empat. Merekalah orang-orang yang wajib dipatuhi sebagai petugas yang melaksanakan hukum-hukum Allah di muka bumi ini. Sebenarnya tidak timbul apa-apa pertentangan diantara ketiga-tiga tafsiran diatas jika kita merujuk kepada syarat-syarat peribadi seseorang pemerintah Islam yang di antaranya dia di kehendaki sebagai seorang yang berilmu di samping kesempurnaan beberapa syarat lain pada dirinya.[7]
MALAYSIA NEGARA ISLAM ??

Para fuqaha’ islam mengistilahkan negara islam sebagai “Darul Islam”. Istilah ini mengandungi erti yang sama benar dengan istilah negara dalam pengertian undang-undang moden. Hal ini jelas sekali melihat kepada definasi mereka terhadap istilah “Darul Islam”. Meskipun banyak definasi itu hanya menekankan beberapa unsur negara. Tapi unsur negara yang tidak di tekankan itu sebenarnya tersirat juga dalam definasi tersebut. Definasi ini pada lahirnya menjelaskan unsur kekuasaan dan unsur daerah atau tempat. Tetapi secara tersirat ia merangkumi unsur penduduk dan sistem. Sebab suatu yang lumrah: bahawa orang-orang islam wajib melaksanakan hukum-hukum islam (hukum hudud). Ada pula yang menyatakan bahawa “Darul Islam” itu ialah tempat dimana syiar islam itu benar-benar jelas mempunyai kekuatan. Hukum atau kekuatan orang-orang muslimin
Tujuan negara Islam adalah sama dengan tujuan Islam itu sendiri; sebab negara tadi dibangun atas sifat dan keyakinan Islam. Tujuannya bukan sekadar mewujudkan keamanan; suasana damai, melindungi keselamatan rakyat dan menentang penceroboh musuh dari luar tetapi yang terutama ialah melaksanakan hukum-hukum Islam dalam segala urusan kenegaraan dan menyebarkan dakwah Islam diseluruh pelusuk dunia. Negara Islam berkewajipan menjamin setiap insan muslim dapat menunaikan ibadt kepada Allah serta hidup sesuai dengan tuntutan aqidah dan sistem Islam. Ia wajib menghapuskan faktor yang menghalang tercapainya tujuan itu dan juga setiap yang bertentangan dengan sistem ekonomi dan sosial Islam. [8]
Inilah tujuan dan matlamat negara Islam, yang pada umumnya berhasrat untuk melindungi kepentingan individu dan masyarakat dengan cara atau sistem yang di gariskan oleh Allah S.W.T.
Apakah negara Malaysia mengikut lunas-lunas tadi?, jika melaksanakan beerti ia telah menjamin masa depan umat Islam di Malaysia, dunia dan akhirat, jika Malaysia tidak melaksanakan bererti ia belum mencapai status negara Islam tulen dan ia dinamakan negara sekular.


Islam bukan agama rasmi bagi Malaysia

Islam kerap di rujuk sebagai agama rasmi Malaysia. Hakikatnya Malaysia tidak mempunyai agama rasmi. Perkataan-perkataan yang tepat untuk Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan adalah:
‘Islam merupakan agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dalam aman dan harmoni di sebarang tempat dalam Persekutuan ‘,

Perlembagaan kita telah dirumus setelah menjalani proses perundingan yang panjang dengan pelbagai individu. Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Suruhanjaya REID) telah melawat keseluruh pelusuk Tanah Melayu untuk mendapat pandangan daripada orang kebanyakkan dan juga institusi-institusi Suara demokratik rakyat Tanah Melayu pada masa kemerdekaan adalah sangat jelas sehingga ke sifat sistem politik dan perlembagaan yang mereka letakkan untuk diwarisi oleh anak cucu mereka . Parti Perikatan, yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC membuat penyerahan dan cadangan-cadangan kepada suruhanjaya. Cadangan mereka atas peruntukan yang sesuai untuk peranan Islam adalah sangat jelas, dan versi mereka untuk apa yang menjadi Artikel 3 berbunyi:
‘Agama rasmi Malaysia adalah Islam. Amalan atas prinsip ini tidak akan mengenakan sebarang sekatan keatas warganegara bukan muslim mengakui ketaatan dan mengamalkan agama masing-masing dan tidak akan membayangkan negara ini bukan sebuah negara sekular’
Islam sesungguhnya adalah ’agama rasmi’ tetapi bukannya agama negara. [9]

DESAKKAN DAN HALANGAN DALAM MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA

Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi berpelembagaan. Sistem hukum dan perundangan yang diterapkan oleh negara Malaysia masa ini adalah peninggalan imperialis barat, yang mana sistem ini bercanggah dengan tradisi keislaman ummah Malaysia. Hukum-hukum dan perundangan yang dihasilkan oleh manusia tanpa bimbingan daripada wahyu Allah S.W.T. tidak akan mencapai keadilan sepenuhnya, sebagaimana di buktikan sistem barat masa ini yang lebih condong mengikut telunjuk hawa nafsu semata-mata.
Hanya Pencipta Alam Semesta ini sahaja yang dapat membawa manusia menuju keadilan sejati kerana hanya Dia sahaja yang mengetahui dan melaksanakan keadilan yang sebenarnya. Maka islamisasi sistem hukum dan perundangan bererti menggantikan sistem perundangan yang ada pada masa ini, terutamanya segala bentuk sistem hukum dan perundangan peninggalan penjajah dengan sistem yang berasaskan hukum Islam (hukum hudud).
Di sebuah negara demokrasi seperti Malaysia sekarang, politik mempunyai kuasa tawar-menawar yang tinggi. Ahli-ahli politik yang liberal, iaitu yang lebih dominan di Malaysia sekarang biasanya bersikap pragmatis dalam melakukan sesuatu untuk masyarakat sesuai dengan arus masyarakat itu sendiri. Berasaskan kepada hakikat ini undang-undang islam mungkin lebih mudah terlaksana sekiranya kesedaran politik kearah itu mempunyai kuasa tawar-menawar yang berkesan. Apa yang penting bagi orang-orang politik liberal yang bersikap pragmatis seperti mereka yang memerintah Malaysia sekarang ialah mereka terus berkuasa dan dapat melakukan pembangunan material sebagaimana yang di lakukan sekarang. Sedangkan hal-hal yang diluar sempadan pembangunan bentuk itu boleh tertakluk kepada tawar-menawar politik dari masa ke semasa.
Hakikat seperti ini perlu di fahami oleh mereka yang berada dalam golongan yang memperjuangkan perlaksanaan undang-undang islam. Dalam perkataan yang mudah ia bererti bahawa pemerintah akan sanggup melaksanakan undang-undang islam sebagai undang-undang negara sekiranya ada jaminan politik daripada masyarakat bahawa dengan berbuat begitu pegangan mereka bertambah kukuh.

Desakkan Perlaksanaan Hukum Hudud.
Hukuman Hudud adalah hukuman Allah S.W.T yang bersifat adil secara mutlak, bukan hukuman yang zalim dan tidak mencetuskan huru-hara dinegara Malaysia ini.
Desakkan untuk melaksanakan hukum hudud telah disuarakan oleh beberapa pihak antaranya Parti Islam Semalaysia (PAS) yang mana desakkan untuk melaksanakan hukum hudud telah termaktub didalam dasar parti mereka. Sehubungan dengan itu, ada juga pihak –pihak lain yang mendesak untuk melaksanakan hukum hudud.
I. Apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 24 November 1993, polemik mengenai hudud telah menjadi satu isu yang hangat dan ia diperbincangkan diseluruh pelusuk negara Malaysia. [10]
II. Professor Dr. Ahmad Ibrahim dalam bukunya ’Perundangan Islam; Dasar, Matlamat dan Pelaksanaannya di Malaysia’ menghuraikan ”Allah telah memerintahkan supaya hukum yang berlaku didalam masyarakat mestilah dengan ketentuan Allah (Hukum Allah). Oleh kerana itu, barangsiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah bererti mereka telah menjadi kufur, zalim, dan fasik”. [11]
III. Seminar Syariah dan Common Law yang diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur atas anjuran Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Majlis Peguam Malaysia dan kerjasama Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada Mei 1992 telah memutuskan ketetapan untuk menyokong kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hukum Syariah (Hukum Hudud) di negara ini. Surat tersebut berbunyi:
” Dengan rasa hormat dan sukacita, kami semua peserta Seminar Syariah dan Common Law di Malaysia yang telah bersidang pada 16-17 Mei 1992, di Dewan Muktamar Pusat Islam Kuala Lumpur dengan ini menyatakan sokongan penuh kami keatas cadangan untuk melaksanakan Hukum Syariah Islam di Negeri Kelantan. Pihak kami juga menghantar satu deklarasi kepada YB Menteri Kehakiman Malaysia untuk disampaikan kepada pihak Kerajaan Pusat”. [12]
IV. Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah) berkata ”Mereka yang mendakwa dan menyatakan hukuman hudud yang dicadangkan oleh ’PAS’ tidak boleh menjamin keadilan dan akan mencetuskan huru-hara dan hudud itu adalah ’Hudud PAS’, bukan ’Hudud Allah’ sungguh mengelikan hati dan sangat-sangat lucu kerana didalam Al-Quran hudud itu tidak ada yang lain selain daripada hudud Allah. Dakwaan mereka itu juga, menunjukkan kebebalan mereka mengenai dengan hukuman hudud Allah. Pihak PAS tidak akan membuat satu hukum yang lain, selain dari hukum Allah dan Rasul-Nya dan PAS hanya menyuarakan dan mencadangkan hukuman hudud itu dilaksanakan di negara Malaysia ini, selaku hukum Allah dan Rasul-Nya”. [13]


V. Daripada kertas kerja ’Hudud dalam Perundangan Islam” oleh Dr. Haron Din di seminar Pentadbiran Undang-Undang Syariah, Jenayah Dan Keluarga Islam Kedah yang diadakan pada 29 April hingga 1 Mei 1978, dalam rumusan tersebut beliau telah menyebut:
i. Hukum hudud hendaklah dilaksanakan oleh pemerintah islam kerana islam merupakan agama rasmi negara ini.
ii. Sejarah telah membuktikkan bahawa pemerintah islam yang mengamalkan hukum hudud mendapati bahawa kejadian jenayah berkurangan.
iii. Suatu peruntukkan undang-undang hendaklah dihantar menemui Perdana Menteri dan Menteri Undang-Undang bagi menyakinkan mereka dengan hukum hudud supaya dibawa usul mengenainya ke Parlimen Malaysia. [14]

Dalam pada itu, hukum hudud yang dibentangkan dan diluluskan oleh Kerajaan Kelantan telah diperakui menepati kehendak syarak oleh golongan agama dan cendekiawan islam negara ini.

Halangan Perlaksanaan Hukum Hudud.


Ummat islam di Malaysia kian terkeliru dan terpedaya dikalangan orang-orang islam sendiri yang mendakwa dan menyuarakan hukuman hudud itu tidak adil dan zalim dan bermacam-macam lagi dakwaan dan andaian yang dibuat oleh mereka sebagai helah dan dalih untuk menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Antaranya mereka mendakwa dan menyatakan: [15]
a) Hukum hudud yang diluluskan oleh Kerajaan Kelantan bukan hudud allah tetapi adalah hudud PAS.
b) Di negara Malaysia tidak boleh dilaksanakan hukuman hudud kerana rakyatnya terdiri daripada masyarakat majmuk dan berbilang bangsa dan agama.
c) Di negara ini belum sampai masanya dilaksanakan hukuman hudud kerana tidak ada pakar dan ahli dalam perundangan islam.
” Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan Kerajaan Kelantan bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah kaburi matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Kelantan menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan islam. Jika PAS cuba juga untuk menlaksanakan hukuman hudud yang diciptanya yang sudah bercanggah dengan prinsip keadilan islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap Kerajaan Kelantan”. Dr. Mahathir Mohamad (Tarikh: 15 Julai 1994). [16]

Presiden UMNO (Ketika itu) Dr. Mahathir Mohamad dalam kenyataanya di Jitra, Kedah pada 9 September 1994 semasa merasmikan Persidangan Khas UMNO, bahagian Kubang Pasu antara lain menyebut,”Kerajaan Pusat akan menentukan undang-undang hudud yang dugubal oleh Kerajaan Kelantan tidak dilaksanakan kerana ia didapati bercanggah dengan ajaran islam”.(Berita Harian 15 Julai 1994).[17]

Timbalan Presiden UMNO (Ketika itu) yang satu ketika dahulu orang kuat ABIM dan bercakap lantang mengenai islam, Anwar Ibrahim dalam kenyataanya di Melaka berkata, kerajaan tidak menerima cadangan perlaksanaan hukuman hudud yang dikemukakan Kerajaan Kelantan keran pendekatan yang dugunakan tidak rasional. (Berita Hraian 26 Julai 1994). [18]

”Undang-undang Hudud muncul dari pendapat fuqaha. Terbentuk dari metodologi pentafsiran, pandangan tersebut diiktiraf melalui proses perundangan politik melalui ijma’ atau persetujuan dari pakar dari masa dan tempat tertentu, atau melalui pendapat majoriti. Proses ini adalah usaha manusia dan bukanlah injuksi suci”. (Sisters In Islam). Melalui memorundum ini Sister In Islam mengendalikan bengkel bagi membincangkan aspek Cadangan Undang-Undang tersebut (Kanun Jenayah Syariah II Kelantan), dan mereka mendapati telah prejudis terhadap wanita. Ia telah berlangsung di Universiti Malaya pada 4 Januari 1994.[19]


KESIMPULAN


Dalam realiti masyarakat Islam di Malaysia sekarang, persepsi akidah Islam tentang perlaksanaan undang-undang hudud dalam masyarakat dan bagaimana ia berbeza dengan persepsi yang ada dalam fahaman sekular perlu di perjelaskan dengan secara meluas. kerana masih ramai di kalangan penganut agama Islam di negara ini yang masih yang menganut atau sekurang-kurangnya di pengaruhi oleh fahaman sekular mengenai perlaksanaan undang-undang. Mereka bukan sahaja terdiri daripada orang-orang yang tidak taat kepada suruhan agama didalam pengertiannya yang sempit, tetepi juga dari kalangan mereka yang di sebut sebagai beragama mengikut pengertian mereka.
Berdasarkan kepada latar belakang hidup dan pendidikan masing-masing mereka sempitkan tugas-tugas keagamaan mereka kepada hanya melaksanakan ibadat-ibadat asas dan menghayati nilai-nilai murni secara peribadi sahaja, sedangkan urusan perundangan dan kemasyarakatan bagi mereka merupakan hal-hal kedunian yang tidak ada sangkut paut dengan tugas keagamaan sendiri
Hukuman hudud yang di cadangkan oleh Kerajaan Kelantan adalah hukuman yang menjamin keadilan, kerana semua hukuman yang di kenakan keatas penjenayah-penjenayah yang di dakwa di bawah kesalahan-kesalahan yang boleh di jatuhkan hukuman hudud adalah hukuman yang telah di tetapkan dan di tentukan ALLAH S.W.T. dan RASUL-Nya yang termaktub didalam Al-Quran dan Hadith yang tidak bole di langgar ketetapan hukumnya. Oleh itu, perlaksanaan hukum hudud wajib keatas pemerintah (Malaysia). Semoga ALLAH S.W.T. memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka-mereka yang mengingkari perintah ALLAH. Oleh itu, bagi orang-orang yang beriman, kembalilah kepada peringatan ALLAH S.W.T.

Wallahualam.


[1] Al-Quranul Karim, Surah Al-Maidah; Ayat 38.
[2] Abdul Hadi Awang, Isu Hudud, Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
[3] Al-Quranul Karim, Surah An-Nisa’, Ayat 58.
[4] Muhammad Ayman B. Abdullah, Politik Syar’i Dalam Membaiki Pemerintahan Dan Rakyat, Ibook Publications Sdn Bhd.
[5] Mahmud Zuhdi a. Majid, Pengantar Undang-undang Islam di Malaysia, Universiti Malaya, 1997.
[6] Al-Quranul Karim, Surah An-Nisa’: Ayat 59.
[7] Abd. Karim, Undang-Undang Jenayah Islam (Jenayah Hudud), Thinker’s Library Sdn. Bhd, 1989.
[8] Dr. Abd. Karim Zaidah, Kewajipan Menegakkan Negara Islam, Persatuan Ulama Malaysia, Dewan Pustaka Fajar, 1988.
[9] Kamal H.T, Assabiyah Dalam konteks Islam, Thinker’s Library Sds. Bhd, 1986.
[10] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.
[11] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.

[12] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.
[13] Haji Said Haji Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud Dalam Perundangan Islam Berteraskan Quran dan Hadith, Darul Ma’rifah Kuala Lumpur, 2000.
[14] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995.
[15] Haji Said Haji Ibrahim, Pelaksanaan Hukuman Hudud Dalam Perundangan Islam Berteraskan Quran dan Hadith, Darul Ma’rifah Kuala Lumpur, 2000.
[16] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995
[17] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995
[18] Tarmizi Mohd Jam, Hudud PAS (Senjata Membaham Empayar UMNO), An-Nahli Enterprise, 1995
[19] Rose Ismail, Hudud In Malaysia: The Issues at Stake, Sister In Islam Publications, 1995.

 
AZYZ-FREEDOM © 2008. Design by Pocket