Tuesday, March 23, 2010

Sucinya Al-Quddus

Tuesday, March 23, 2010
Al-Bait al-Muqaddas ertinya adalah rumah yang disucikan atau rumah yang penghuninya membersihkan dan mensucikan dari segala kotoran dan dosa-dosa. Nama itulah yang digunakan pada masjid ketiga suci, iaitu Masjid al-Quds di Jerusalem, Palestine. Sedang masjid yang pertama dan kedua adalah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi di Madinah al-Munawarah. Al-Quds juga dipakai untuk menamakan syurga, kerana didalam syurga tidak didapati (bersih dari) penderitaan-penderitaan sebagaimana di dunia.

Ketika Al-Quddus disandangkan sebagai nama Allah, maka Dia beerti Zat yang terbebas dari segala bentuk keperluaan. Dia tidak perlu pujian, bahkan sembahan. Jika, Dia memerintahkan manusia menyembahNya, sesungguhnya sembahan (ibadah) itu manfaatnya akan kembali kepada manusia itu sendiri. Kebesaran dan Kekuasaan Allah tidak berkurang sekalipun seluruh manusia tunduk dan sujud kepada-Nya.

Sebagai hamba Al-Quddus, selayaknya kita menyucikan hati dan fikiran kita dari prasangka buruk kepada Allah, juga kepada sesama manusia. Hati harus sentiasa kita bersihkan agar sinarnya memancar, memenuhi ruang dan waktu. Fikiran kita harus senantiasa dalam suasana kesucian.

Sucikan Hatimu, Sucikan Badanmu, Bersihkan Pakaiaanmu, Bersihkan Persekitaranmu, Agar engkau boleh bertemu dengan Yang Maha Suci (Al-Quddus), ditempat yang bersih (Syurga al-Quds), bersama para malaikat yang dikepalai ruh al-Quds.

(Hamim Tohari)
 
AZYZ-FREEDOM © 2008. Design by Pocket